Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula – Asri Janggut

Sebaran :

Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula – Asri Janggut

MELAKA – Ahli Pas Parlimen Batu, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut mendoakan agar parti itu dan UMNO dapat berbaik semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selesai dengan kejayaan besar buat Barisan Nasional (BN) ini.

Jelasnya, perpecahan yang berlaku dalam kalangan Melayu-Islam telah lama berlaku, dan seharusnya mencari titik pertemuan agar kerjasama dapat dijalin semula.

“Saya doakan antara Pas dan UMNO berbaik semula, kita dah 50 tahun bergaduh.



“Hari ini adalah peluang terbaik untuk kita bersatu, cukup cukuplah perpecahan yang berlaku,” jelasnya secara ringkas kepada Astro AWANI.

Beliau ditemui hadir dalam majlis pengumuman kemenangan BN di Command Centre BN di Ayer Keroh pada malam Sabtu.

Sebelum ini, Pas membuat ketetapan untuk bersama Perikatan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun Pas tewas di lapan kerusi DUN yang ditandingi termasuk Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.- Awani



Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula – Asri Janggut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply