Mursyidul Am PAS akui akar umbi pilih Muafakat Nasional

Sebaran :

ARAU: Pas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional (MN) dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperkukuh menje­lang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, meskipun akar umbi dilihat lebih menyokong MN namun dalam masa sama, Pas tidak akan me­ninggalkan Perikatan Nasional (PN) demi penyatuan ummah.

Katanya, UMNO adalah sahabat Pas dalam MN dan diharap­kan kerjasama tersebut terus diperkukuh menjelang PRU-15 dan rundingan menya­tupadukan ketiga-tiga parti itu akan terus dilakukan.

“Kita akui akar umbi mahu MN dan kita harap pihak UMNO mengukuhkan MN dalam pilihan raya akan datang. Apa yang lebih penting kerajaan negeri Melaka tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) meskipun PN juga kalah dalam PRN itu,” katanya.



Pas tewas di semua lapan kerusi ditandingi dalam PRN Melaka itu sekali gus mengulangi kekalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ekoran kekalahan besar tersebut, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz daripada Pas dalam satu hantaran di Facebooknya mengajak parti itu untuk bermuhasabah dan beristiqamah.

Ditanya strategi Pas memilih PN berbanding MN disifatkan gagal, Hashim berkata, apa yang lebih penting usaha parti itu demi mempertahan penyatuan ummah.

Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pintu persefahaman antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) masih terbuka meskipun Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian.



Katanya, kedudukan MN ketika ini adalah terserah kepada Pas.

“MN ini terpulang kepada Pas, mahu bersama Perikatan Nasional (PN) ataupun MN tetapi di Melaka mereka buat keputusan mahu dengan PN, apa yang boleh kami buat?

Kami tidak pula mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, itu sahaja,” katanya.

Pengarah PRN Melaka BN itu berkata, UMNO hanya akur dengan kehendak ahli akar umbinya dalam Perhimpunan Agung iaitu tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan memperkukuh MN.



“Sebab itu hulur tangan dengan syarat gunakan lambang sendiri, kita tidak suruh guna lambang UMNO ataupun BN,” katanya. -UTUSAN

Mursyidul Am PAS akui akar umbi pilih Muafakat Nasional


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Akhirnya katak-katak politik terkena ‘sumpahan’ bumi Melaka


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *