Muhasabah dalam kemenangan – Shahril
Muhasabah dalam kemenangan – Shahril
Para pendukung Barisan Nasional (BN) atau UMNO perlu sentiasa muhasabah dalam kemenangan meskipun BN meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, pihaknya tidak menolak kemenangan semalam memberi suatu suntikan semangat kepada BN, malah keseronokan yang dirasakan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Bagaimanapun, katanya, belum sampai beberapa jam selepas keputusan diumumkan, tidak dinafikan pelbagai rumusan dan teori yang mula diutarakan, khususnya tentang apa erti keputusan PRN itu kepada senario politik dan pengundi keseluruhan.
“Di peringkat awal ini, saya cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan pendukung parti supaya kita cermat dalam membuat beberapa perkara.
“Tidak riak atau mendongak dengan kemenangan, terutama dalam kenyataan dan tindakan kita di mata rakyat, ini paling penting.
“Membuat analisis mendalam tentang semua aspek yang berlaku di Melaka di pihak kita, pihak lawan dan pihak pengundi.
“Postmortem bukan hanya penting sewaktu keputusan tidak berpihak kepada kita, tetapi ia sama penting sewaktu menang, supaya kita tak tersilap membuat kesimpulan meluas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam, BN diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Menurut Shahril Sufian, sekiranya sudah ada pihak yang mengumumkan akan mengkaji punca kekalahan, maka tidak rugi jika punca kemenangan turut dikaji.
“Faktor-faktor penyumbang yang dikenal pasti, kita kaji sama ada ia terpakai di tempat dan masa lain.
“Sejarah PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dan Pilihan Raya Umum Ke-14 dijadikan iktibar agar tak berulang.
“Pendekatan dan naratif yang menjadi, kita teruskan, yang perlu diperbaiki, kita kemaskan. Tak rugi kita kekal dalam mode mengejar berbanding mode selesa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, BN disaran fokus kepada janji manifesto terutama yang telah dihebahkan untuk pelaksanaan 100 hari.
Katanya, ini kerana tiada ramuan lebih padu untuk kejayaan berterusan daripada kredibiliti sesebuah parti dimata rakyat.
“Mudah-mudahan segala perancangan kita selepas ini membawa kemenangan bukan hanya kepada parti tetapi kemakmuran kepada negara dan rakyatnya.
“Syabas dan selamat berkhidmat Ketua Menteri, bakal exco dan rakan-rakan Yang Berhormat. Alhamdulillah,” jelasnya. Utusan
Muhasabah dalam kemenangan – Shahril
Baca Artikel Menarik :
- 7 syarat Nynaa sekiranya suami mahu berjumpa
- Ustaz Kazim Dedah Alami Penyakit ‘Ain’ (Video)
- PRN Melaka: Syukur rakan jemaah PAS ikhlas sokong calon BN
- Anggota polis pukul wanita dalam lif dipindah tugas
- Najib bidas 2 tomahan Anwar dengan fakta
- Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal
- Warga emas jadi ‘rider’ demi cari rezeki [VIDEO]
- Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?
- YouTuber Sabrina cetus fenomena di Korea Selatan
- Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas
- Peniaga ‘naik hantu’, parking depan kedai tapi singgah kedai lain
Layari Laman Facebook MYKMU