Kancil rempuh warung, penunggang motosikal parah

Kancil rempuh warung, penunggang motosikal parah

Seorang penunggang motosikal parah selepas dirempuh Perodua Kancil dalam kejadian di sebuah warung di Kilometer 96 Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa yang berusia 27 tahun ketika itu sedang bersandar di sebuah motosikal jenis Honda RS yang terletak di warung berkenaan.

Katanya, sebelum kejadian, pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun telah melanggar seekor anjing yang melintas sebelum keretanya terbabas melanggar mangsa dan warung berkenaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh satu lelaki Melayu dari arah Mersing menghala ke pekan Kahang.

“Apabila tiba di tempat kejadian telah terlanggar seekor anjing yang melintas di jalan raya menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai makan tersebut lalu menyusur masuk ke dalam kedai makan dan melanggar tiang di dalam kedai.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal satu Ielaki Melayu yang ketika itu bersandar pada motosikal telah mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hang Seng berkata, pemandu kereta bagaimana hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan,” katanya. K Online

Kancil rempuh warung, penunggang motosikal parah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker