Wanita bawa duit dalam beg plastik beli Ninja 250

Sebaran :

Wanita bawa duit dalam beg plastik beli Ninja 250

Sebuah video memaparkan aksi seorang wanita membawa beg plastik hitam berisi wang simpanannya selama lapan bulan untuk membeli sebuah motosikal tular di media sosial.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok bernama @bangarik02.

Pemilik akaun itu yang merakam kejadian tersebut didatangi wanita terbabit untuk membeli motosikal yang dijualnya.



Wang itu adalah hasil simpanannya selama lapan bulan. Wanita itu dilihat menghulurkan beg plastik hitam berisi wang 100,000 rupiah (RM 29.32) dan 50,000 rupiah (RM 14.66), selain beberapa beg plastik jernih berisi duit syiling.

‘’Berapa lama duit simpanan ni kak?’’ tanya penjual.

‘’Lapan bulan,’’ jawab wanita itu.

“Ninja 250 edisi terhad telah dijual, wanita ini rajin menyimpan, cantik dan rajin menyimpan wang,” tulis penjual motosikal itu dalam klip video yang dimuat naik.



Rakaman video itu mendapat pelbagai komen netizen.

‘’Dia menyimpan wang selama 8 bulan untuk dapatkan motosikal ninja. Saya 8 bulan dapat lemak.’’ kata seorang netizen. K Online

Wanita bawa duit dalam beg plastik beli Ninja 250


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply