Kemenangan BN petunjuk rakyat mahu kestabilan politik

Kemenangan BN petunjuk rakyat mahu kestabilan politik

Kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam, disifatkan sebagai petunjuk jelas bahawa rakyat mahu kestabilan politik di negara ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berpandangan ia juga menunjukkan kesetiaan dan kepercayaan rakyat terhadap BN masih kuat.



Beliau berkata, PRN Sabah pada tahun lalu juga mencatat perkembangan sama meskipun BN diserang dengan pelbagai dakyah.

“Setakat ini, dua PRN sudah kita lalui, iaitu di Sabah dan Melaka yang mana BN berdepan pelbagai persepsi, tohmahan serta fitnah.

“Malah sebelum ini, ada pihak yang melabelkan BN dan UMNO sudah terkubur.

“Namun hakikatnya berdasarkan dua PRN itu, rakyat masih setia bersama BN yang selama ini terbukti berupaya mengurus kestabilan politik negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, kejayaan itu turut membuktikan konsep kerja berpasukan semua jentera parti menjadi faktor utama yang membantu kemenangan BN pada PRN Melaka kali ini.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, BN dan UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai struktur lengkap. Justeru jika semua ini berfungsi dan digerakkan, sudah pasti kejayaan dapat dicapai,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, rakyat kini lebih matang membuat penilaian dengan memilih parti yang boleh membawa kestabilan politik untuk kemajuan dan pembangunan negara.

Dalam pada itu berdasarkan keputusan PRN Melaka kali ini, Bung Moktar tidak menolak kemungkinan BN akan terus bergerak sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



“BN dicabar untuk bergerak sendirian pada PRN Melaka dan hasilnya sudah kita lihat. Ini sekali gus memberikan keyakinan kepada BN untuk bergerak sendiri pada PRU akan datang,” katanya. BH

Kemenangan BN petunjuk rakyat mahu kestabilan politik


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker