Wabak Salmonella berpunca daripada bawang menular di Amerika

Wabak Salmonella berpunca daripada bawang menular di Amerika

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihati pengguna mengelak daripada membeli bawang tertentu berikutan wabak Salmonella yang dilaporkan di beberapa negeri termasuk Puerto Rico, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Beberapa syarikat telah menarik balik keseluruhan bawang kuning, merah dan putih kerana berpotensi menyebabkan penyakit Salmonella.

Kesemua bawang itu dibekalkan oleh syarikat ProSource Produce LLC dan Keeler Family Farms. Bawang tersebut diimport dari Chihuahua, Mexico antara 1 Julai hingga 31 Ogos lalu, kata CDC.

FDA juga menyenaraikan bawang kuning dan putih daripada Green Giant Fresh serta bawang dalam kit makanan tertentu daripada EveryPlate dan HelloFresh yang ditarik balik kerana mempunyai risiko berlakunya pencemaran.

Beg bawang seberat 1.34 dan 2.27 kilogram daripada pembekal Alsum Farms & Produce Inc, Potandon Produce LLC dan Pier-C Produce itu diimport dari Chihuahua, Mexico.

Bekalan tersebut diedarkan antara Julai dan Ogos lalu yang juga termasuk dalam senarai ditarik balik, demikian menurut FDA.

CDC melaporkan berlaku sekurang-kurangnya 892 jangkitan dan 183 kes kemasukan ke hospital berkaitan wabak Salmonella setakat ini. K Online

Wabak Salmonella berpunca daripada bawang menular di Amerika


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker