PRN Sarawak: PKR semakin goyah

PRN Sarawak: PKR semakin goyah

KUCHING, 23 Nov — PKR berkata parti itu tidak akan membuat sebarang perubahan dalam strateginya untuk pilihan raya negeri Sarawak hanya kerana prestasi buruk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri Melaka.

Malah Ketua Penerangan PKR Sarawak Abun Sui Anyit yakin pengundi di negeri ini tidak akan terpengaruh dengan undi Melaka.

Abun menegaskan bahawa isu-isu di Sarawak sama sekali berbeza dengan yang dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding di Melaka.

“Isu kami adalah mengenai roti dan mentega. Kita mahukan infrastruktur jalan raya yang lebih baik, bekalan air terawat dan elektrik di kawasan luar bandar, sekolah usang, masalah berkaitan tanah hak adat bumiputera (NCR) dan sebagainya,

“Anda tidak jumpa isu-isu seperti di Melaka. Lebih-lebih lagi, apabila mereka bercakap tentang kawasan luar bandar di Melaka, mereka sebenarnya bercakap tentang bandar-bandar kecil.

“Keputusan pilihan raya negeri Melaka tidak boleh dijadikan parameter untuk mengukur sokongan rakyat di Sarawak atas pilihan parti mereka,” ujar Abun.

PRN Melaka menyaksikan PKR tewas dalam semua kerusi yang mereka ditandingi malah prestasi buruk PH juga dilihat sebagai langkah yang perlu diawasi dan berjaga-jaga.

Terbaharu Ketua Wanita PKR Sarawak Catherine Jok Uvang dan Ketua Wanita PKR (Kakus) Caroline Ukau @ Gerunsin mengumumkan peletakan jawatan mereka dari parti berkuat kuasa serta-merta pada Isnin.

Mereka dipercayai telah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan dan hala tuju PKR malah ini membuktikan PKR sudah lama bergelora dan berdepan krisis bagai tiada kesudahan. Wc

PRN Sarawak: PKR semakin goyah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker