Kamarudin disingkir jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka?

Kamarudin disingkir jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka?

MELAKA: Kira-kira 48 jam selepas kekalahan teruk Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pas mengumumkan Datuk Kamarudin Sidek tidak lagi menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka.

Calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu telah digantikan dengan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail.



Mungkinkah Kamarudin digugurkan sebagai kebertanggungjawabannya selepas Pas gagal memenangi meskipun satu kerusi dalam PRN berkenaan?

Berdasarkan kenyataan akhbar dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, hanya Kamarudin tidak dikekalkan bagi sesi 2021-2023 manakala 13 lagi pesuruhjaya negeri masih penyandang yang sama.

Takiyuddin berkata, perkara itu telah diputuskan melalui Mesyuarat Kali Kedua, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 21 November 2021 yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah pelantikan bagi jawatan-jawatan eksekutif berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4), 25 (5) dan 39 (4) Perlembagaan Pas iaitu Ketua Penerangan, Penolong Setiausaha Agung, Ahli Jawatankuasa Dilantik dan Pesuruhjaya Pas Negeri/Wilayah Persekutuan,” katanya.



Dalam pada itu, Kamarudin dalam kenyataan ringkasnya berkata, beliau mengharapkan Pas Melaka terus berkembangan khususnya untuk menjadi sebuah wadah perjuangan Islam yang menyatukan ummah.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada tuan guru Zulkifli Ismail atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Melaka yang baharu.

“Semoga Pas Melaka terus berkembang khususnya di negeri Melaka dan menjadi sebuah wadah perjuangan Islam yang menyatukan ummah,” katanya di sini hari ini.

Kamarudin tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Noor Helmy dengan majoriti tipis 200 undian.



Beliau merupakan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka semasa era pentadbiran Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebelum DUN Melaka Ke-14 dibubarkan pada 4 Oktober 2021. Utusan

Kamarudin disingkir jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen



PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker