Ibu Tidak Tahu Legenda Bolasepak Pele Sudah Tiada

Ibu Tidak Tahu Legenda Bolasepak Pele Sudah Tiada

RIO DE JANEIRO: Ibu Pele, Celeste Arantes dilaporkan tidak menyedari bahawa legenda bola sepak Brazil itu sudah meninggal dunia.

Pele, 82, menghembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat di Hospital Israelita Albert Einstein di Sao Paulo pada Khamis lalu.

Pada November lalu, Pele sempat memuat naik status mendoakan kesihatan dan kebahagiaan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 ibunya di Instagram.

“Saya dan ibu ada berbicara mengenainya (kematian Pele) tetapi dia seolah-olah tidak peka dengan situasi di sekelilingnya.

“Ibu berada dalam dunianya sendiri,” kata satu-satunya saudara kandung Pele yang masih hidup, Maria Lucia do Nascimento.

“Ibu membuka matanya apabila saya menyebut nama Dico (nama timangan Pele), itu sahaja reaksinya,” kata wanita berusia 78 tahun itu.

Difahamkan, ibu Pele kini terlantar sakit dan menghabiskan masanya di atas katil di kediamannya di Santos, Sao Paulo.

Digelar sebagai ‘O Rei’ atau Raja, Pele merupakan antara pemain bola sepak Brazil yang paling banyak mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di seluruh dunia berikutan kelincahan aksinya di atas padang.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional, Pele sudah menjaringkan lebih 1,000 gol dan membawa pasukan Brazil memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970. -SH / Mail Online

Ibu Tidak Tahu Legenda Bolasepak Pele Sudah Tiada

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker