Pearly-Thinaah mara, Wooi Yik cedera
Pearly-Thinaah mara, Wooi Yik cedera

Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Perancis selepas menewaskan pasangan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva di Arena Grand Paris, sebentar tadi.
Pasangan pilihan kedua kejohanan itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk mencatat kemenangan straight set 21-12, 21-15 dalam tempoh 39 minit bagi mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik.
Bagaimanapun, cabaran Pearly-Thinaah dijangka semakin getir apabila mereka bakal berdepan pasangan pilihan ketiga dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam aksi separuh akhir.
Iwanaga-Nakanishi terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan rakan senegara, Ririna Hiramoto-Chiharu Shida menerusi pertarungan tiga set 21-18, 16-21, 21-15.
Aaron-Wooi Yik yang juga pilihan keempat kejohanan terpaksa menarik diri selepas Wooi Yik mengalami kecederaan tapak kaki, sekali gus memberi laluan kepada Wei Chong-Kai Wun untuk meneruskan perjuangan di kejohanan berstatus Super 750 itu.
Wei Chong-Kai Wun kini bakal berdepan pasangan Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin bagi merebut tiket ke final.
Pasangan Indonesia itu mara selepas menewaskan wakil China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 23-21, 21-18.
Pearly-Thinaah mara, Wooi Yik cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu
- Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya
- Program Saling Mengasihi Dekatkan UMNO Lahad Datu Dengan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.