Young Tigers kekal cemerlang, jumpa Pakistan di final
Young Tigers kekal cemerlang, jumpa Pakistan di final

Johor Bahru: Skuad remaja kebangsaan menamatkan saingan kumpulan dengan rekod tanpa kalah selepas melakar kemenangan keempat berturut-turut apabila membelasah Kanada 6-1 di Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, sebentar tadi.
Skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang layak ke final selepas menewaskan Pakistan 3-2, Rabu lalu, akan sekali lagi berdepan anak didik Sameer Hussain malam esok yang turut layak ke final selepas terikat 2-2 dengan Jepun pada aksi petang tadi.
Kali terakhir Young Tigers layak ke final SOJC ketika 13 tahun lalu namun tewas kepada India 0-3 dan anak didik Nor Saiful berpeluang cerah mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi pertama tahun 2011 ketika di bawah bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah.
Di awal permainan berdepan Kanada yang di bimbing Koen Bakhuis. skuad Young Tigers gagal menghalang gerakan dilakukan Caleb Fitch yang pantas mengumpan bola bagi membuka peluang buat Navdip Chandi menjaringkan gol padang pada minit kelima di suku pertama menewaskan penjaga gol, Muhammad Adib Amsyar Mohd Yusof.
Namun anak didik Nor Saiful bangkit menyamakan jaringan selang dua minit kemudian apabila gerakan solo Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali berjaya menyusup masuk ke kawasan D sebelum bertindak melakukan pukulan kilas menewaskan penjaga gol, Morgan Garside.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafi Gesa Tindakan Tegas Bom Ikan, Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Labuan
- Aspek Keselamatan Pekerja Tidak Boleh Dikompromi
“Kita Birukan Melaka!”… Ab Rauf Pacu Gelombang Biru Hadapi PRN Ke-16
Tindakan bijak Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien yang menyuntik bola tatkala berada di kawasan D pada minit ke-15 menyaksikan T Naaveenesh Panicker tidak menunggu lama dan menolak bola menewaskan Garside untuk meletak Young Tigers mendahului 2-1.
Memasuki minit ke-22 pada suku kedua, walaupun pukulan sudut penalti yang dilakukan Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof berjaya dihalang Garside namun Faiz Afzan Mohd Fauzi bingkas menolak bola untuk memastikan jaringan ketiga milik anak didik Nor Saiful.
Pada minit akhir babak pertama, Young Tigers menghukum kealpaan benteng anak didik Bakhuis selepas Rahuul Fazrien mencetak nama selaku penjaring menerusi jaringan padang apabila mudah menolak bola menewaskan Garside.
Bersambung babak kedua suku ketiga, Young Tigers meneruskan rentak permainan konsisten apabila mengambil kesempatan daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-41 hasil jaringan G Dheeresh menewaskan Garside dan kedudukan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
5-1 memihak tuan rumah.
Manakala jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-45 oleh Safwan Salihe megukuhkan lagi kedudukan 6-1 memihak Young Tigers.
Young Tigers kekal cemerlang, jumpa Pakistan di final
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu
- Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya
- Program Saling Mengasihi Dekatkan UMNO Lahad Datu Dengan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.