Iraola yakin kemampuan Allister suntik kekuatan Liverpool
Iraola yakin kemampuan Allister suntik kekuatan Liverpool

London: Andoni Iraola mengakui beliau tidak dapat menjelaskan kebangkitan prestasi Alexis Mac Allister, namun percaya pemain tengah itu adalah antara pemain paling bijak yang dimilikinya di Liverpool.
Seperti kebanyakan pemain dalam skuad The Reds musim lalu, Mac Allister mengalami kemerosotan prestasi yang ketara ketika pasukan itu tewas 20 kali dalam semua pertandingan, dalam kempen yang berakhir dengan Arne Slot kehilangan jawatannya pada penghujung Mei.
Selepas membantu skuad Argentina muncul naib juara Piala Dunia pada musim panas lalu, pemain tengah itu menjadi tonggak penting dalam pasukan kendalian Iraola di Anfield.
Mac Allister meledak dua gol ketika Liverpool menewaskan Villarreal 4-3 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), Selasa lalu, selain menjaringkan gol kemenangan ketika pasukan itu menundukkan Atletico Madrid 2-1 bulan lalu.
Ketua jurulatih Liverpool, Iraola, gembira melihat bekas pemain Brighton & Hove Albion itu menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu di Merseyside.
“Bagi saya, mustahil untuk menjelaskan apa yang berlaku musim lalu kerana saya tidak berada di sini ketika itu. Jadi, kita hanya membuat andaian. Sudah tentu, dia sendiri lebih mengetahui perkara itu berbanding saya.
“Apa yang boleh saya katakan, saya gembira kerana persembahannya sangat baik sejak hari pertama saya tiba.
“Dia tiba paling lewat selepas menyertai skuad kebangsaan, tetapi terus memahami semua maklumat yang diberikan. Saya fikir dia seorang pemain bijak dan kita tidak perlu menerangkan perkara sama kepadanya sebanyak tujuh kali.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
“Sesetengah pemain memahami sesuatu dengan sangat pantas. Mereka juga cepat menerima maklumat mengenai lawan, perkara yang diperlukan untuk menghadapi setiap pasukan dan tanggungjawab bagi setiap posisi.
“Saya fikir dia turut banyak membantu rakan sepasukan kerana dia memahami gambaran keseluruhan permainan. Kehadirannya di atas padang amat baik untuk pasukan,” kata Iraola.
Skuad kendalian Iraola kini memburu kemenangan keempat berturut-turut apabila menerima kunjungan bekas kelab Mac Allister, Brighton, di Anfield esok malam.
Iraola yakin kemampuan Allister suntik kekuatan Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu
- Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya
- Program Saling Mengasihi Dekatkan UMNO Lahad Datu Dengan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.