Najib Bagi Duit Pada Rakyat, Guan Eng Bagi Duit Pada Kroni Terowong?

Oleh Nurul Aisyah

SEMEMANGNYA sangat berbeza cara pemerintahan Barisan Nasional dan DAP. Mungkin dahulu rakyat gelap mata dengan penipuan Pakatan Harapan(PH). Namun pemerintahan 22 bulan PH yang menindas rakyat serta merosakkan ekonomi negara menyebabkan rakyat tersedar dari pembohongan tersebut.

Sebagaimana yang rakyat Malaysia tahu, Datuk Seri Najib Tun Razak(DSN) hanya memberi kepada rakyat. Apabila hakim (yang telah ditukar PH dari mahkamah sivil selepas perbicaraan kes SRC beliau berjalan) menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap DSN, hakim tersebut tidak mendakwa beliau songlap RM42 juta.

Hakim bersetuju wang itu bukan digunakan untuk peribadi DSN atau keluarga tetapi hakim berkata ianya bukan hak Najib untuk bersedekah.

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Najib beri semua wang tersebut pada rakyat melalui pelbagai program dan saluran. Malah SPRM dan pegawai bank dalam perbicaraan SRC turut mendedahkan bahawa dana RM645 juta yang diterima terus dari Menteri Kewangan negara Arab Saudi kepada akaun Najib telah didsalurkan segalanya kepada rakyat.

Beliau telah menggunakan dana tersebut untuk membantu mangsa banjir besar tahun 2014 di negeri-negeri timur semenanjung Malaysia dan juga memberi kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan untuk imam, tahfiz dan semua pegawai Masjid di lebih 7 ribu masjid seluruh Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut dari tahun 2011 ke 2014.

Berlainan dengan DAP yang dilihat terlalu kurang prihatin terhadap rakyat. Melalui Facebook DSN, beliau bertanya kepada Lim Kit Siang secara sinis.

Adakah RM209 juta sudah dibayar Guan Eng sebagai sebahagian bayaran R M305 juta giler mahal untuk kos membuat laporan projek terowong itu juga sedekah kepada syarikat kroni terowong?

Memang sangat berbeza pendekatan pemerintahan Datuk Seri Najib dan Lim Guan Eng. Kini rakyat sudah tahu dan mereka terjemahkan hasrat hati mereka dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November baru-baru ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker