Pemilihan Exco Melaka: Tanding tak sama, takkan bila menang ‘makan bersama’ – Tok Mat

Pemilihan Exco Melaka: Tanding tak sama, takkan bila menang ‘makan bersama’ – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan tidak melihat terdapatnya sebarang keperluan untuk melantik dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada Perikatan Nasional (PN) sebagai Exco kerajaan negeri Melaka yang akan dibentuk.

Beliau berpendapat, BN tidak berada dalam kedudukan yang memerlukan mereka untuk dilantik ke jawatan itu selepas berjaya memperolehi kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka minggu lalu.



“Kalau bertanding tidak bersama, takkan bila menang mahu ‘makan bersama’? Saya mahu tanya apa keperluannya? Bila kita buat sesuatu mesti ada keperluan. Jika kita tidak cukup kerusi betul la, tetapi kita sudah berlebihan kerusi, dalam kalangan kita juga sudah berlebih untuk dilantik sebagai Exco.

“Bagi saya tidak ada keperluan, jika dibawa kepada kepimpinan parti saya akan tanya apa keperluannya kerana saya salah seorang pemimpin tertinggi parti, jika saya puas hati dengan jawapannya, okay,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan di sini.

Sebelum itu, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata, pucuk pimpinan BN akan berbincang sama ada dua wakil rakyat PN boleh bersama dalam pembentukan kerajaan negeri atau sebaliknya.



Beliau yang juga ADUN Lendu berkata, walaupun pentadbiran kerajaan persekutuan menjalinkan kerjasama dengan PN, namun senario PRN Melaka yang menyaksikan BN bertanding secara solo perlu diambil kira.

Selain itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno dan Pengarah Pilihan Raya BN menegaskan, ia bukan satu perkara yang janggal apabila persefahaman dan kerjasama parti berlaku di peringkat persekutuan dan tidak di peringkat negeri.

“Banyak negara lain, di peringkat kerajaan persekutuan, mereka bersama tetapi di negeri mereka tidak bersama. Itu bukan satu kejanggalan dan bukan baharu tetapi di Malaysia ia kali pertama.

“Kalau tidak ada apa-apa buat apa mahu pening-pening kepala, kalau kerajaan Melaka membentangkan, saya akan tanya, kalau mereka boleh nyatakan dan memaklumkan ada keperluan tersebut, kita setuju. Kita juga tidak mahu buat ia sukar untuk mana-mana pihak, tetapi justifikasi mesti ada, itu sahaja,” katanya. FMT



Pemilihan Exco Melaka: Tanding tak sama, takkan bila menang ‘makan bersama’ – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen



PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker