Rauf Nafikan Khabar Angin

Oleh BamJekk

‘kami tidak ada masalah dan tidak ada kemelut. Kita bersama-sama bekerja untuk mendapat sebuah kerajaan yang stabil, oleh itu saya menolak sama sekali khabar angin tentang adanya kemelut diantara kami menentang calon ketua menteri atau ketua menteri yang sedia ada’

‘saya ulang lagi sekali, saya bersama-sama semua ketua bahagian dalam negeri Melaka memberi sokongan penuh kepada YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Melaka termasuk saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka akan memberi kerjasama sepenuhnya’

Katanya, kesemua ketua UMNO bahagian negeri Melaka akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan YAB DSU Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Melaka dan memastikan bahawa, kepercayaan yang diberikan ini adalah demi kepentingan bersama dari kami, dari setiap pelusuk akar umbi negeri Melaka’



Tambah beliau, selaku pengerusi badan perhubungan UMNO negeri juga memaklumkan bahawa pelantikkan ini adalah satu lantikkan yang telah menunjukkan kepercayaan oleh rakyat negeri Melaka dengan kerjasama ketua-ketua bahagian seluruh negeri untuk memastikan bahawa selepas ini kami juga bersedia menghadapi piliharaya umum ke 15.

PRN Melaka 2021 ini menyaksikan BN menang 2/3 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dari 28 kerusi yang dipertandingkan kali ini manakala PH mendapat 5 kerusi DUN dan PN 2 kerusi DUN.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker