Dari tukang cuci pinggan kini miliki kafe

Sebaran :

Dari tukang cuci pinggan kini miliki kafe

MELAKA – Bermula dari seorang tukang cuci pinggan di kantin kilang, kini seorang wanita dari Balai Panjang, Malim di sini, boleh berbangga apabila bergelar pengusaha kafeteria kilang.

Ibu kepada tiga orang anak, Khalija Jalil, 51, menyifatkan kejayaan pada hari ini tidak akan berhasil sekiranya dia tidak mempunyai kesabaran tinggi dan miliki sifat mudah berputus asa.

Khalija berkata, sebelum bekerja di bahagian dapur kilang, dia juga pernah menjual roti canai bersama suami, Aziz mustari, 52, di tepi jalan namun tidak berpanjangan selepas mendapat kerja sebagai cuci pinggan.



Katanya, dari pekerjaan itu dia kemudian diberikan kepercayaan sebagai pembantu dapur dan akhirnya sebagai tukang masak sebelum memberanikan diri menceburkan diri sebagai pengusaha kantin pada tahun 2000.

“Kebetulan ada seorang pengusaha kantin di Jalan Kaba yang tidak mahu meneruskan kafeteria di situ.

“Jadi saya mengambil alih dengan menggunakan modal sendiri, termasuk membeli peralatan memasak dan sebagainya daripada individu terbabit,” katanya yang mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama Kafeteria Eja lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya, ia tidak berpanjangan setelah individu terbabit datang meminta semula kafe tersebut dan mereka terpaksa beralah hingga mengalami sedikit kerugian.



Katanya, walaupun ‘jatuh’ disebabkan perkara tersebut namun dia yakin dengan perancangan ALLAH SWT dan akhirnya mendapat tawaran masuk ke kafeteria sebuah kilang di Batu Berendam selepas mencuba nasib. Sinar

Dari tukang cuci pinggan kini miliki kafe


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen



PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply