Jakim bangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal – Ismail

Jakim bangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal – Ismail

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang akan menjadi pangkalan data halal dalam usaha memperkasakan lagi pensijilan halal.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif yang dibangunkan dengan kos RM3.4 juta itu mempunyai enam sistem iaitu MYeHALAL (domestik), MYeHALAL (antarabangsa), Sistem Cetakan Sijil Elektronik, Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabangsa Malaysia, (MyIHAB), Modul Permohonan Rumah Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal Malaysia (MyHALAL Ingredients).

“Contohnya melalui MyIHAB, Jakim dapat mengawal selia 84 badan pensijilan halal luar negara, daripada 46 buah negara yang diiktiraf.

“Insya-ALLAH, melalui perancangan yang dijangka bermula pada tahun 2023 nanti, Keluarga Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui sistem ini,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Halal Kebangsaan 2021 secaya maya, pada Selasa.

Menurutnya, Jakim pada Oktober tahun lalu telah berjaya memperoleh akreditasi ISO/IEC 17065, menjadikan Halal Malaysia sebagai Badan Pensijilan yang diiktiraf di peringkat global.

“Akreditasi ini memberikan impak bukan sahaja kepada produk-produk yang telah dipersijilkan, bahkan turut menyumbang kepada tadbir urus pelaksanaan pensijilan halal yang lebih baik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Jakim juga sedang membangunkan dua inisiatif iaitu Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (antarabangsa) dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa.

“Ia sebagai langkah untuk memperkasakan sijil halal Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi Program Pengantarabangsaan Persijilan Halal Malaysia yang antara lain membolehkan pemain industri dari luar negara memohon persijilan halal secara langsung daripada Jakim,” katanya. Sinar

Jakim bangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker