Influencer dibunuh peminat nombor satunya

Sebaran :

Influencer dibunuh peminat nombor satunya

Beijing: Gara-gara tidak memulangkan hadiah bernilai keseluruhan lebih RM65,000 yang diberikan peminatnya, seorang pempengaruh (influencer) media sosial di China mati dibunuh.

Pempengaruh yang terkenal dengan gelaran Yubei Female Security Guard itu meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Memetik portal Today, wanita itu dipercayai dibunuh oleh peminat nombor satunya selepas hubungan mereka berantakan.



Pempengaruh itu menyertai DouYin (TikTok versi China) setahun lalu dan wanita itu amat terkenal kerana menyiarkan video aksi menari di platform itu.

Sebelum kematiannya, dia berjaya mengumpul lebih daripada 310,000 pengikut di media sosial itu.

Dia sebenarnya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah memandu, malah sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak.

Akhbar berita China melaporkan, dia dipercayai dibunuh oleh peminat lelaki yang ditemuinya pada 2 November lalu.



Walaupun suspek sudah ditahan, laporan masih belum mengesahkan identiti si pelaku.

Ia menyebabkan pelbagai khabar angin mengenai identiti suspek dan motif di sebalik jenayah itu.

Menurut beberapa laporan, pembunuh itu dikenali sebagai peminat nombor satu wanita itu dan dikatakan mengirim hadiah bernilai lebih 100,000 yuan (RM65,581.73) ketika penstriman langsungnya.

Bagaimanapun, minatnya terhadap pempengaruh itu semakin pudar dan dia meminta nilai hadiah yang sebelum ini diberikan kepada wanita berkenaan.



Lelaki itu didakwa membunuh wanita itu selepas mangsa dikatakan enggan memulangkan wang terbabit.

Suami pempengaruh itu memberitahu media, dia tidak menyedari isterinya mengatur pertemuan dengan peminat.

Ia kerana dia mempunyai urusan perniagaan di luar kawasan. HM

Influencer dibunuh peminat nombor satunya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply