Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak

Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak

Cukup-cukuplah Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mencari alasan kerana kalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sebaliknya, PH dan PH buktikan kemampuan di Sarawak kerana kedua-dua gabungan itu memang wujud di Sarawak.



UMNO pula sudah tentu tidak akan bertanding di Sarawak apabila parti dalam Gabungan Parti Sarawak keluar Barisan Nasional (BN), kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Oleh itu, UMNO kekal tidak masuk Sarawak.

Menurutnya, pada zaman BN, hanya parti komponan dari Sarawak seperti PBB dan SUPP sahaja yang bertanding dan UMNO tidak kacau.

Jadi, PN bolehlah buat inroad di Sarawak macam di Melaka, katanya.



Tetapi Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, PN harus belajar dari UMNO.

Menurut Karim, GPS bukan sebahagian PN kerana GPS hanya mesra PN.

GPS dan PN jadi rakan dalam Kerajaan Pusat demi kerajaan yang stabil.

”PH apa lagi DAP tidak akan mengalah. Rakyat Sarawak jangan lupa karenah Kerajaan PH punca projek Pan Borneo terlewat siap,” katanya.



Menurut Mohd Puad, semalam jalan Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau dirasmikan.

Projek itu bukti kejujuran dan kejayaan BN. MG

Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker