Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019

Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, polis dan pihak berkuasa hanya tahu dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2019.

Katanya, perkara itu tidak diketahui pihak berkuasa sebelum itu.



“Jadi, semenjak itu polis telah mengambil alih untuk menyiasat semua penama yang disebut oleh YB Baling tadi.

“Siasatan polis masih dijalankan. Jadi kita kena tunggulah hasil penyiasatan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim membangkitkan isu itu dua kali hari ini, susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz.



Sebelum ini SPRM mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami kepada Tawfiq.

SPRM memaklumkan sehingga kini ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB, membabitkan nilai RM20.5 bilion, termasuk pemulangan semula aset bernilai USD15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, syarikat dimiliki Tawfiq dan Samuel Goh.

Tawfiq yang juga menjadi saksi pendakwaan kes 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak, sebelum ini disoal siasat polis berhubung kaitannya dengan dana 1MDB, namun tiada perkembangan baharu berkenaan siasatan itu dilaporkan. FMT

Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen



PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker