5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji

5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji

Polis menahan lima individu termasuk seorang perempuan disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di tepi jalan raya di kawasan Bulatan Taman Seraya Ampang.

Semua suspek, yang berumur lingkungan 16 hingga 48 tahun ditahan di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, punca kejadian dipercayai akibat salah faham ketika menggunakan jalan raya dan kurangnya sikap bertolak ansur sehingga menyebabkan pergaduhan.

“Seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun bekerja sebagai kontraktor pendawaian bersama anaknya menaiki lori dalam perjalanan ke tempat kerja telah berlaku perselisihan faham dengan sebuah kereta perodua Myvi yang dipandu oleh dua lelaki dan seorang perempuan.

“Pengadu bertindak menyekat kereta dan mengarahkan mereka berhenti sehingga berlakunya pertengkaran dan pergelutan antara mereka. Semasa kejadian juga kedua-dua pihak ada memegang payung dan gergaji sebagai senjata,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah lori dan sebuah motokar serta senjata-senjata yang digunakan semasa kejadian.

Hasil ujian air kencing semua mereka didapati negatif dadah dan semakan terhadap salah seorang yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selamat tempoh lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan individu bergaduh di tepi jalan raya. FMT

5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker