Covid-19: 6144 kes baharu, melonjak naik

Covid-19: 6144 kes baharu, melonjak naik

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,144 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,608,979.

Nilai kebolehjangkitan atau Rt-0 kebangsaan telah menurun kepada 0.99 semalam apabila jumlah kes baru adalah 5,755.



Walau bagaimanapun, masih terdapat 11 negeri dan wilayah persekutuan (Selangor, Sabah, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, dan Perak) yang mempunyai Rt-0 lebih tinggi daripada 1.00.

Bacaan Rt-0 lebih daripada 1.00 menunjukkan bahawa penularan Covid-19 semakin pantas.

ADS

Namun, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 2.9 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.



Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+21.8 peratus), Pulau Pinang (+20.0 peratus) dan Kelantan (+10.9 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (24 November) yang mencatatkan 5,755 kes adalah seperti berikut:

Selangor (1,511)
Sabah (622)
Kelantan (590)
Johor (486)
Kuala Lumpur (400)
Pahang (376)
Kedah (358)
Pulau Pinang (270)
Terengganu (231)
Perak (219)
Negeri Sembilan (202)
Sarawak (192)
Melaka (191)
Perlis (43)
Putrajaya (37)
Labuan (27)



Covid-19: 6144 kes baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh



Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker