Bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan kekalahan BN di DUN Sungai Udang – Mohamad Ali

Bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan kekalahan BN di DUN Sungai Udang – Mohamad Ali

MELAKA – Kekalahan Barisan Nasional (BN) UMNO di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang merupakan sesuatu yang ganjil dan bagai ada sesuatu yang tidak kena mengenainya, dakwa UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mohamad Ali yang bertanding di kawasan tersebut berkata, beliau terkejut apabila menang satu daripada 18 saluran mengundi.

“Memang jelas keputusan tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya tidak persoal isu kalah atau menang kerana itu adat pertandingan tetapi apa yang berlaku ini agak ‘luar biasa’,” katanya kepada media hari ini.

Pada Sabtu lalu, calon Perikatan Nasional, Mohd. Aleef yang mendapat 6,789 undi menewaskan Mohamad Ali yang memperolehi 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH – 2,035 undi) dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas – 471 undi).

Tambah beliau, pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan melihat sama ada terdapat kemungkinan berlaku gerak kerja luar jangka oleh pihak-pihak tertentu.

Jelas Mohamad Ali, kekalahan itu tidak mematahkan semangat, sebaliknya beliau akan lebih komited dalam menjaga kebajikan DUN Sungai Udang selepas ini.

“Fokus saya kini adalah meneruskan manifesto yang saya janjikan selain mempersiapkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi khususnya merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang kita tewas kepada calon Pakatan Harapan PH pada PRU-14,” ujarnya. MG

Bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan kekalahan BN di DUN Sungai Udang – Mohamad Ali


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker