Polis siasat kejadian gaduh di restoran

Sebaran :

Polis siasat kejadian gaduh di restoran

Polis sedang menyiasat kejadian pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Genting Klang semalam melibatkan sekumpulan individu.

Dalam kenyataan, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Saralathan Duraisamy berkata, pihaknya sedang mengesan individu terlibat, susulan tularnya video tular berdurasi tujuh saat yang dikongsikan pengguna Twitter, NanManjoi8715.

Katanya, laporan polis mengenai kejadian telah diterima semalam daripada orang awam yang berada di tempat kejadian.



“Sehubungan dengan itu, satu siasatan telah dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan

“Justeru, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video tersebut kerana ia boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau ‘Hotline’ Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau mana-mana balai polis berhampiran. FMT

Polis siasat kejadian gaduh di restoran




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji


Sebaran :

Leave a Reply