Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]

Sebaran :

Lecturer Ridhuan Tee Abdullah speaks during a special forum in Kuala Lumpur on April 25, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Tidak mustahil orang Melayu di Pulau Pinang akan menerima nasib sama seperti di Singapura sekiranya gagal mengambil iktibar terhadap usaha penghapusan bangsa melalui pembandaran kolonial.

Tidak dinafikan, situasi itu sudah berlaku apabila melihat dari segi penempatan orang Melayu yang kebanyakannya dipisahkan oleh kekuatan ekonomi dan pendapatan.

Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, kebanyakan orang Melayu di kawasan bandar Pulau Pinang tinggal di rumah pangsa atau perumahan kos rendah, dan situasi itu juga sama berlaku di Singapura.

“Kalau kita lihat pemisahan kawasan perumahan itu sendiri berlakunya segrigasi yang kita tengok ia berasaskan pada pendapatan. Siapa yang ada kekuatan ekonomi untuk beli tanah, rumah dan sebagainya.



“Isunya kita bincang perkara sebegini, apa yang perlu dibuat? Apa yang sepatutnya pihak berkuasa buat setelah tahu perkara ini berlarutan sekian lama dan sampai ke hari ini,” katanya dalam temubual Dimensi di TV Pertiwi, malam ini.

Atas sebab itu, beliau berkata, semua pihak tidak boleh hanya membiarkan keadaan ini berterusan sehingga menyebabkan Pulau Pinang menjadi Singapura kedua, dan mungkin menyebabkan umat Islam di negara ini menjadi seperti rakyat Palestin.

“Ini belum bercakap mengenai perjanjian air. Sama juga berlaku di Singapura, berhubung perjanjian air pada 1962 selama 100 tahun sehingga 2061 dengan harga air mentah yang dijual daripada Johor kepada Singapura dengan harga 3 sen per 1,000 gelen.

“Singapura proses dan jual semula kepada Johor kepada harga 50 sen per 1,000 gelen. Ini perjanjian yang tidak munasabah,” katanya.



Dr Ridhuan Tee berkata, situasi sama turut dilihat berlaku antara Pulau Pinang dan Kedah ketika ini berhubung isu bekalan air.

“Maka, takkan kita tidak ambil iktibar? Apabila kerajaan nak naikkan harga, PM Singapura ketika itu mengugut untuk berperang jika kita langgar perjanjian.

“Makna, sampai ke tahap mereka berani mengugut Malaysia terhadap perjanjian 1962 yang langsung tidak munasabah. 

“Jadi kita perlu ambil iktibar, kerana tak akan kita nak tengok ia berlaku dan sejarah berulang di Pulau Pinang.



“Justeru, kita perlu ada perancangan, apa yang patutnya dibuat kerana perkara ini sangat nyata berlaku di depan mata,” katanya.

Pautan Dimensi:

Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafiq lepas jawatan pengerusi Bersatu, PN Melaka


Sebaran :

Leave a Reply