Rafiq lepas jawatan pengerusi Bersatu, PN Melaka

Sebaran :

Rafiq lepas jawatan pengerusi Bersatu, PN Melaka

Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan dikeluarkan bekas exco Melaka itu, dia juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu negeri terbabit.

Katanya surat rasmi peletakan jawatan tersebut akan diserahkan kepada presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, esok.



“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka,” katanya.

Tambah Mohd Rafiq peletakan jawatan itu dibuat bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru mengetuai parti supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15. Mk

[Laporan lanjut menyusul]

Rafiq lepas jawatan pengerusi Bersatu, PN Melaka




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji


Sebaran :

Leave a Reply