Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail

Sebaran :

Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu malas.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, golongan petani, peladang termasuk nelayan yang kebanyakannya kaum Melayu sentiasa berhempas pulas mencari pendapatan tidak mengira waktu.

Bagaimanapun, kata beliau, golongan ini sering dimanipulasi oleh orang tengah.



“Ada bekas Perdana Menteri saya tidak perlu sebut siapa walaupun dah berhenti, dia nak lagi kata orang Melayu ni malas, petani malas sedangkan nelayan keluar lepas maghrib, balik lepas subuh atau dua tiga hari baru balik, pesawah balik kerja setiap malam.

“Kemiskinan itu disebabkan eksploitasi dan manipulasi orang tengah,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-47 Tahun 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Berikutan itu, Ismail Sabri berkata, beliau mengisytiharkan jihad dengan orang tengah ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini.

“Jadi saya amat berterima kasih salah satu yang saya laksanakan membuka pusat pengumpulan hasil tani.



“(Sebanyak) 164 pusat pengumpulan masih berfungsi sehingga sekarang,” katanya.

Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah dikritik kerana menyifatkan orang Melayu sebagai pemalas. MG

Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji


Sebaran :

Leave a Reply