PN mahu Azhar, Hasnon sebagai calon Speaker Dewan Rakyat

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) menyerahkan dua nama iaitu Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Datuk Mohd Rashid Hasnon pada Isnin untuk dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi mewakili blok pembangkang.

Azhar Azizan merupakan penyandang jawatan Speaker Dewan Rakyat yang dilantik ketika era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Manakala Mohd Rashid pula merupakan penyandang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dilantik ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Setiap blok sama ada pembangkang dan kerajaan boleh menghantar lebih satu nama untuk diundi dan dipilih oleh ahli Parlimen sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Namun, akhirnya hanya seorang calon akan dipilih selaku Speaker Dewan Rakyat, manakala bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pula boleh diisi oleh dua atau tiga individu berdasarkan keperluan semasa,” kata seorang sumber kepada Sinar Premium.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nama individu dicalonkan PN untuk dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Parlimen ke-15 dijadualkan berlangsung pada 19 Disember ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua nama iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof dicadangkan sebagai calon Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Wan Junaidi dan Mohammad Ariff, ketika dihubungi mengesahkan sehingga kini mereka belum menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada kerajaan berhubung pencalonan berkenaan.

Isu siapa bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat, mula mencuri perhatian umum selepas Azhar pada Jumaat lalu, mengesahkan beliau akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang dengan Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

Sementara itu, Mohd Rashid ketika dihubungi Sinar Premium enggan mengesahkan atau tidak bahawa beliau adalah antara individu dinamakan PN sebagai calon Speaker Dewan Rakyat.

“Saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai nama individu dihantar PN sebagai calon Speaker Dewan Rakyat kerana saya bukan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita tunggu dan lihat sahaja nama siapa yang akan menang undi majoriti dan dipilih sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, pada hari pertama sidang Parlimen nanti,” katanya.

Mohd Rashid menegaskan, sesiapa sahaja yang dicalon untuk mewakili blok kerajaan atau pembangkang dalam undian calon Speaker dan Timbalan Speaker akan dihubungi pemimpin parti berkenaan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, walaupun undian untuk memilih calon Speaker dan Timbalannya mungkin diadakan dua minggu lagi namun PN tetap perlu membuat persiapan rapi untuk menghadapinya.

Mohd Rashid berkata, Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan, menetapkan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dilantik dalam kalangan seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat atau bukan anggota ahli Parlimen iaitu orang luar yang berkelayakan.

“Memang kita boleh pilih Speaker dalam kalangan mana-mana ahli Parlimen namun ia satu kerugian kerana siapa dipilih selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, tidak boleh mengambil bahagian ketika sesi perbahasan dan pengundian usul.

“Mereka juga tidak boleh mengemukakan soalan dan masalah dihadapi oleh penduduk di kawasan Parlimen diwakilinya ketika sesi sidang Dewan Rakyat berlangsung,” katanya.

Mohd Rashin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gagal mempertahankan kemenangannya di Parlimen Batu Pahat, setelah tewas kepada calon PH, Onn Abu Bakar dengan majoriti 15,972 undi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker