Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai

Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai. Sepasang suami isteri di wilayah Yunnan, China memohon kebenaran untuk bercerai daripada mahkamah sejam selepas melangsungkan perkahwinan dengan si isteri meminta wang pampasan berjumlah 300,000 yuan (RM192,898) daripada suaminya, lapor akhbar Global Times baru-baru ini.

Menurut laporan, si suami yang merupakan seorang pelajar kolej adalah yang pertama memohon kebenaran untuk bercerai sejurus selepas mereka berkahwin dengan memberi alasan bahawa dia enggan mengahwini wanita berkenaan pada mulanya.

Dia mendakwa terpaksa mengahwini isterinya yang merupakan seorang jururawat kerana menerima tekanan daripada wanita itu.

Tambah lelaki tersebut, dia juga telah memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan sebelum perkahwinan mereka berlangsung.

Wanita itu bagaimanapun sering menghantar pesanan teks kepadanya yang mengugut dan mengganggu lelaki itu.

Sebagai respons atas permohonan cerai suaminya, wanita itu meminta wang pampasan berjumlah 300,000 yuan (RM192,898) dengan mendakwa bahawa lelaki itu berlaku curang terhadapnya.

Selepas perbicaraan di mahkamah, hakim mendapati kedua-dua mereka bertindak mengikut emosi dan lelaki tersebut gagal membuktikan bahawa hubungan mereka telah putus sebelum berkahwin.

Justeru itu, permohonannya untuk bercerai tidak diluluskan oleh mahkamah. – Agensi

Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker