Jualan 9.9 Shopee catat jualan pelitup muka lebih 10 juta keping

Jualan 9.9 Shopee catat jualan pelitup muka lebih 10 juta keping

Kempen membeli-belah 9.9 Hari Pembelian Hebat anjuran Shopee memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan pelitup muka pada harga lebih rendah.

Pada tarikh 9 September, rakyat Malaysia telah mengambil peluang untuk membeli pelitup muka terutamanya jenis KF94 dan KN95, dengan lebih 10 juta keping direkodkan terjual.



Pelindung muka atau face shield dan sut PPE juga menjadi dua daripada barangan yang paling laris dibeli memandangkan usaha memerangi wabak Covid-19 masih berterusan.

Pada masa sama, dengan ramai warga Malaysia yang kekal berhati-hati dan memilih untuk duduk di rumah, kelambu nyamuk magnetik DIY juga menjadi satu lagi produk yang banyak dijumpai dalam troli membeli-belah, dengan lebih 15,000 unit dijual.

Selain itu, rakyat Malaysia juga didapati sedang memulakan hobi atau mempelajari kemahiran baharu seperti mengait di mana lebih 4,000 unit benang kait telah dibeli.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, kempen berkenaan juga dilihat memberi manfaat kepada lebih 70,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang baru menyertai jualan itu.



“Sebanyak 50 PMKS tempatan teratas berdasarkan prestasi pendapatan jualan dalam satu hari masing-masing mencatatkan jualan purata sekitar RM350,000.

“Peniaga juga menyaksikan peningkatan jualan pada ‘Midnight Madness Sale’ dari 12 tengah malam hingga 2 pagi apabila jumlah trafik pengguna melonjak tiga kali ganda berbanding hari biasa dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga teruja dengan prestasi ini dan mengukuhkan lagi peranan Shopee dalam menyediakan platform bagi peniaga tempatan berhubung dengan pelanggan mereka.

“Lebih daripada itu, ia adalah satu inspirasi untuk melihat lebih daripada 70,000 peniaga tempatan baharu mengambil bahagian dan menerima manfaat daripada kempen 9.9 kami tahun ini.



“Ini menunjukkan bahawa lebih banyak perniagaan di Malaysia sedang mendigitalisasikan operasi mereka. Kami berharap dapat membantu mereka memanfaatkan ekosistem dan sokongan pemasaran Shopee yang bersepadu, bagi merebut peluang pertumbuhan baharu dan menjangkau pelanggan yang mengutamakan saluran atas talian atau ‘online-first’,” katanya.

Menurutnya, Shopee juga menyaksikan pengguna semakin banyak menggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan memberikan lebih nilai.

“Dengan jumlah kedai luar talian yang menerima ShopeePay meningkat sebanyak 35 kali ganda dari tahun ke tahun, pengguna mengambil peluang untuk menikmati penjimatan hingga RM9 apabila mereka membeli Baucar ShopeePay dengan harga hanya 1 sen pada 9.9 Hari Pembelian Hebat dari portal dalam aplikasi Deals Near Me.

“Antara kedai yang menerima ShopeePay yang mencatatkan prestasi terbaik termasuk Petron, MR DIY, Eco-Shop, Family Mart, Lotus’s, KK Mart dan Tealive,” katanya.



Pang berkata, bagi prestasi serantau Shopee pula, lebih daripada 45 juta barangan dijual dalam masa 99 minit pertama kempen jualan itu.

Katanya, pembeli juga menikmati penjimatan yang lebih dengan 60 juta baucar dituntut dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September semasa ‘Midnight Madness Sale’. HM

Jualan 9.9 Shopee catat jualan pelitup muka lebih 10 juta keping


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker