Kenapa kerajaan Muhyiddin lapor angka kematian jauh dibawah angka sebenar?

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT Malaysia terasa seperti diperbodohkan selama ini. Kerajaan Muhyiddin dikatakan sewenang-wenangnya “menipu” data kematian akibat Covid 19 .

Merujuk kepada kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkenaan perkara ini, Kadar kematian harian akibat Covid-19 di Lembah Klang tidak mengambarkan keadaan sebenar disebabkan data kes tertunggak atau ‘backlog’.



Beliau menjelaskan, data yang dikeluarkan setiap hari sejak kebelakangan ini bukan kematian dalam tempoh 24 jam, sebaliknya ia adalah data yang dimasukkan selepas kemas kini dibuat.

Kadar kematian yg dilaporkan pada 11 September 2021 adalah 592. Namun begitu, KKM mendakwa jumlah kematian Covid sebenar dari 592 yang dilaporkan adalah 100, sementara selebihnya adalah daripada tunggakan data atau backlog yang sedang dikemaskini.

Minggu lepas, KJ dilihat memberi gambaran bahawa wujudnya angka kematian tertunggak yang agak besar.



“Di Lembah Klang, kita akan dapat lihat penurunan kadar kematian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi apabila kita selesai mengemas kini data ‘backlog’ kematian,” katanya.”

“COVID-19: Bilangan kematian harian di Lembah Klang bukan keadaan sebenar, disebabkan ‘backlog’ – Khairy”

https://www.astroawani.com/…/covid19-bilangan-kematian…

Mengikut graf yang diberi oleh laman CovidNow milik Kementerian Kesihatan, jumlah kes kematian yang dilapor setiao hari (garis biru) pada bulan Julai dan Ogos sebelum kerajaan tukar adalah jauh di bawah angka kematian sebenar (garis hitam).
https://covidnow.moh.gov.my/bm/



Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa perkara ini berlaku? Kenapa lapor angka kematian akibat Covid 19 yang jauh di bawah angka sebenar selama berbulan-bulan lamanya?

Sejak bulan Mei lalu, Malaysia sudah menjadi antara negara dengan kadar kes baharu dan kadar kematian baharu paling tinggi dalam dunia. Sekiranya masih ada jumlah kematian tertunggak yang masih tidak dilapor, maka harap angka ini akan dikemaskini secepat mungkin agar Rakyat lebih yakin dengan keadaan semasa Covid yang sebenar.- Datuk Seri Najib

Perkara ini mengesahkan lagi bahawa kerajaan Muhyiddin telah gagal dengan sangat teruk terutama dalam menangani isu Covid 19. Oleh itu pelantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri dilihat sangat tidak sesuai. Apakah kegagalan perlu diteruskan? Apa akan jadi dengan rakyat Malaysia?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker