Amir Raja Lawak terpaksa tutup gerai

Amir Raja Lawak terpaksa tutup gerai, nak ‘shooting’

Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 32, mengakui serba-salah terpaksa menutup gerai dan sekali gus bercuti daripada berniaga air minuman diusahakannya apabila harus kembali menjalani aktiviti penggambaran.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata dia bercuti berniaga bermula esok memandangkan tidak akan mempunyai masa untuk membancuh sendiri air minuman dijualnya itu.



“Rasa serba salah juga nak cuti sebab bila saya ‘update’ akan cuti, ramai pelanggan datang tanya bila hari terakhir berniaga. Ada yang beli lebih dari kebiasaan.

“Mereka (pelanggan) pun ada minta saya bagi orang lain jaga gerai sebab senang nak datang beli nanti. Saya tak boleh buat apa sebab air minuman itu saya yang bancuh sendiri.

“Saya ada dua pekerja, seorang jaga gerai dan seorang lagi tolong bancuh. Sebelum ini pun, yang tolong saya niaga adalah kawan kru penggambaran dan dia pun akan start ‘shooting’ cerita sama sekali dengan saya,” katanya.

Selain tidak dapat membancuh sendiri air minuman untuk jualan berkenaan, Amir berkata juga menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan nanti.



Katanya, dia mahu ambil peluang untuk luangkan masa bersama keluarganya di sana pula.

“Saya syukur alhamdulillah sangat-sangat sebab memang rindu dengan suasana penggambaran. Untuk ‘job’ pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, saya akan jayakan supertele bertajuk Hantu Mok Joh.

“Kebetulan lokasinya juga adalah di Kota Bharu. Alang-alang itu, saya terus balik tidur di rumah keluarga untuk lepas rindu, lagipun sudah lama tak balik ke kampung,” katanya.

Meskipun merancang cuma menutup perniagaan air minumannya selama sebulan, Amir tidak menafikan ia boleh berlanjutan sekiranya menerima lebih banyak tawaran seni dalam masa terdekat.



“Saya pasti merindui suasana berniaga dan pelanggan. Tapi, saya mungkin akan sambung cuti berniaga lagi memandangkan saya pun ada juga ejen minuman itu di Seksyen 4, Bangi.

“Pelanggan boleh ke tempat dia juga kalau teringin nak minum air jualan saya. Yang meniaga di sana itu pun adalah Azul iaitu pemain dram kumpulan Stings selepas tahun lalu dia menjadi ejen saya,” katanya.

Amir sangat aktif menjual beberapa jenis air minuman di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang sejak PKP 3.0 pada sekitar Jun lalu dan hebahan promosi pula sering dibuat di Instagram. HM

Amir Raja Lawak terpaksa tutup gerai




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker