Terpadam sudah retorik ‘No Anwar no DAP’

Terpadam sudah retorik ‘No Anwar no DAP’, kata Puad

Sudah terpadam kini momokan slogan dibuat sesetengah pemimpin Umno berhubung slogan menolak Anwar Ibrahim dan DAP, kata Mohd Puad Zarkashi.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata demikian sebagai mengulas persefahaman yang dicapai – dan akan dimuktamadkan secara rasmi petang ini – di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).



Kata Mohd Puad pada hari ini akan tercatat secara ekoran wujudnya “kerajaan gagal” sebelumnya.

“DAP (dan PH) terutamanya Anwar berjiwa besar.

“Walaupun (Anwar) gagal menjadi perdana menteri, tetapi demi masa depan negara dia sedia bekerjasama (dengan kerajaan) untuk meredakan ketegangan politik,” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.

PH dan Putrajaya dilaporkan bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang berisi beberapa butiran pembaharuan sebagai langkah membawa landskap baru politik negara.



MOU berkenaan dijadual ditandatangani di parlimen petang nanti.

Ia juga dijangka membawa kestabilan politik kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob ketika perdana menteri terbabit kini didukung hanya 114 ahli parlimen. Jumlah minimum untuk mendapatkan majoriti berdasarkan kedudukan kerusi semasa Dewan Rakyat ialah 111.

Untuk rekod slogan “No Anwar, no DAP” dibangkitkan sesetengah pemimpin Umno ketika kerajaan Perikatan Nasional diketuai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berdepan ancaman kejatuhan.

Beberapa anggota kabinet mendakwa ada pemimpin tertinggi Umno mendakwa sedang berpakat untuk bekerjasama dengan PH bagi menjatuhkan Muhyiddin.



Mohd Puad berkata kerajaan pimpinan Umno juga menunjukkan jiwa besarnya kerana sanggup mengetepikan momokan “No Anwar, no DAP” untuk menerima syarat-syarat ditetapkan PH dalam rundingan dengan Putrajaya.

Kata bekas ahli parlimen Batu Pahat itu lagi Umno juga wajar mendedahkan apakah MKT ada sebarang permintaan khas kepada Ismail Sabri sebelum persefahaman itu dicapai.

“Mustahil tidak ada. Rakyat dan ahli juga mahu tahu. Boleh dibuat perbandingan,” katanya.

Mohd Puad kemudian mengakhiri hantaran itu dengan usikan terhadap salah anggota kabinet yang sebelum ini giat menimbulkan slogan “No Anwar, no DAP” iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa.



“Pokoknya momokan retorik ‘No Anwar no DAP’ sudah padam. Annuar turut hadir sebagai wakil kerajaan. Tahniah kerana berjiwa besar,” katanya. Mk

Terpadam sudah retorik ‘No Anwar no DAP’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker