‘Tembak Saya, Jangan Biar Taliban Ambil Saya’- Bintang Pop Afghanistan

‘Tembak Saya, Jangan Biar Taliban Ambil Saya’- Bintang Pop Afghanistan

ISTANBUL: Bintang pop Afghanistan, Aryana Sayeed, mengimbau kembali detik di mana dia pernah merayu kepada tunangnya supaya tidak membiarkan Taliban menangkapnya hidup-hidup.

Ketika itu, dia dan tunangnya sedang menyelinap masuk ke lapangan terbang Kabul yang sedang dalam keadaan huru-hara selepas Taliban menguasai ibu negara Afghanistan itu.



Aryana yang mempunyai 1.4 juta pengikut Instagram dan mengidolakan selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian, pernah mencetuskan kemarahan pengikut konservatif agama mengenai hak asasi aktivisme wanita dan pakaian ketat.

Penyanyi yang juga bekas juri rancangan bakat muzik popular Afghanistan berusia 36 tahun tidak lekang dengan perhatian dan peminatnya yang mahu swafoto dengannya ketika berjalan-jalan di Kabul.

Cubaan kali kedua pada hari berikutnya, dengan pejuang Kalashnikov mengelilingi lapangan terbang dan tentera bersekutu cuba untuk mengawal orang ramai yang terdesak melarikan diri di pintu gerbang.



Tunang dan pengurusnya, Hasib Sayed, hanya berkomunikasi dengan Aryana menggunakan walkie talkie dalam kereta.

“Saya kata kepadanya, kamu tahu Hasib… sekiranya saya mungkin diambil hidup-hidup, tolong tembak saya. Tembak saya di kepala,” katanya kepada AFP di kediamannya di sini.

“Itu satu-satunya membuatkan saya takut. Saya tidak takut mati atau apa-apa pun,” katanya.

Aryana menyedari dia terdesak mengambil risiko itu ketika sedang melancarkan jenama fesyen di Kabul, ketika tentera AS berpusu-pusu menjalankan operasi pemindahan dan Taliban menguasai sebahagian besar Afghanistan pada Julai.

“Saya sentiasa menaruh harapan untuk masa depan, justeru saya bercadang untuk melabur,” imbaunya.



Sewaktu di pintu gerbang lapangan terbang di Kabul, tentera AS tidak membenarkan dia dan tunangnya masuk kerana memberi keutamaan kepada warga Amerika.

Dia bernasib baik kerana seorang penterjemah mengenali Hasib dan lantas memberitahu kepada tentera bahawa lelaki itu adalah tunang bintang terkemuka yang hidup dalam bahaya.

Pasangan itu pada mula melakukan perjalanan ke Doha, Kuwait dan AS, tetapi akhirnya kembali ke Istanbul, Turki di mana terletaknya flat kediaman yang mereka miliki. – AFP / The Straits Time

‘Tembak Saya, Jangan Biar Taliban Ambil Saya’- Bintang Pop Afghanistan




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker