Rapper Mexico Dakwa Jadi Manusia Pertama Implan Emas Ganti Rambut Di Kepala [VIDEO]

Rapper Mexico Dakwa Jadi Manusia Pertama Implan Emas Ganti Rambut Di Kepala [VIDEO]

Seorang pemuzik dan rapper dari Mexico, Dan Sur mendakwa dirinya menjadi manusia pertama yang menanam rantaian emas di kepalanya sebagai pengganti rambut.

Rapper yang dikategorikan sebagai budak baru nak up itu mendedahkan hal tersebut menerusi platform Tik Tok miliknya yang

“Saya menanam rantaian emas dalam kepala dan semuanya disangkutkan di tengkorak saya,” ujarnya seperti dilaporkan New York Post.

Sur kemudian mendakwa: “Ini rambut saya. Rambut emas. Saya adalah rapper pertama yang membuat implan rantaian emas dalam sejarah
manusia.”

Pada 6 September lalu, Sur melancarkan klip video untuk single terbaharunya berjudul Oro. Dalam klip video tersebut, Sur mempamerkan penampilan dengan rambut rantaian emasnya.

Sementara itu menerusi laporan Caracol TV, artis berusia 23 tahun melakukan implan tersebut pada April tahun ini. Bagaimanapun kos melakukan implan tersebut tidak dinyatakan.

Kata Sur dia memilih melakukan implan tersebut kerana mahukan kelainan.

“Sejujurnya apa yang saya mahu lakukan adalah sebuah kelainan sebab saya melihat semua orang mewarnakan rambut mereka.

“Jadi saya harap tak ada yang meniru gaya saya ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, pada Februari lalu, rapper Lil Uzi Vert telah menanam sebutir berlian pada bahagian dahinya.

Instagram: @dansurig

Rapper Mexico Dakwa Jadi Manusia Pertama Implan Emas Ganti Rambut Di Kepala [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ikan Misteri Dengan Gigi Manusia, Inilah Rezeki Kaki Pancing

Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker