Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Pihak Masjid Putra Putrajaya memohon maaf sekiranya wujud sebarang kekhilafan dipihaknya berhubung isu video tular yang kononnya pihaknya memberikan layanan berbeza kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat pada 10 September lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Masjid Putra menjelaskan pihaknya telah menetapkan kapasiti jemaah seramai 300 orang bagi mematuhi peraturan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

VIDEO DIBAWAH:-

 

“Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu kehadiran mereka.

“Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, setiap minggu Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan dengan ada yang menunggu sejak jam 11.00 pagi lagi untuk menunaikan solat Jumaat.

Tambahnya lagi pihak pentadbiran masjid akan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan. Sebarang cadangan dan maklumbalas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra,” katanya lagi.

Sebelum ini tular video memaparkan seorang kenamaan (VIP) yang baharu tiba kelihatan terus memasuki Masjid Putra ketika beberapa jemaah lain dilihat sedang menunggu giliran.-Awani

Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker