Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?

Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?

Lazimnya bagi masyarakat Melayu, setiap kali malam Jumaat akan membaca surah Yasin terutama selepas solat maghrib.

Namun begitu seringkali juga, apabila tiba pada ayat 58 yang bermaksud “Mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani” ayat itu sering diulang bacaannya sebanyak 3 kali atau lebih dengan bilangan ganjil. Apabila ditanya kepada orang yang membacanya berulang kali, mereka pun tidak tahu sebabnya.

Kebanyakannya membaca kerana mengikut orang lain membaca demikian atau kerana diajarkan oleh ibu bapa untuk membacanya berulang kali. Malah ada juga yang berpandangan pada ayat tersebut ketika diulang, perlu diselang selikan dengan doa atau disebutkan hajatnya dengan harapan Allah akan memakbulkan permintaan mereka kerana beranggapan bahawa Allah memberi salam sejahtera kepada manusia.

Sebenarnya anggapan mereka silap kerana maksud ayat itu adalah kata-kata Allah yang memberi salam sejahtera kepada penduduk syurga. Ulama tafsir mentafsirkan ketika penghuni syurga sedang sibuk dengan kenikmatan syurga, maka Allah lalu di atas mereka dan memberikan Salam sejahtera.

Lalu penghuni syurga mendongak dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan Allah. Salam yang diberikan Allah itu bukan untuk merendahkan Allah tetapi sebagai memuliakan penduduk syurga. Itu adalah salah satu nikmat yang paling besar. Selain nikmat seperti yang disebut di dalam hadis dari Usamah bin Zaid, bersabda Rasulullah s.a.w.

“Siapa di antara kalian yang berkemas hendak masuk ke syurga? Sesungguhnya syurga tidaklah dapat digambarkan bagaimana indahnya.

Demi Tuhan yang empunya Kaa’bah! Seluruhnya adalah Nur yang gilang-gemilang, bunga yang selalu wangi, gedung bertingkat, sungai mengalir, hasil bumi yang subur, isteri yang cantik jelita, perhiasan yang banyak dan tempat kediaman yang abadi dalam negeri yang damai, buah-buahan yang segar, dan berbagai-bagai kebaikan serta kenikmatan di tempat yang tinggi dan mulia.

Adakah keinginan kamu untuk ke sana?” Mereka menjawab, “Memang benar Ya Rasulullah kami semua berkemas mahu ke sana.” Lalu Rasulullah bersabda,

“Katakanlah Insya Allah” Maka mereka pun menjawab, “InsyaAllah.” – HR Ibn Majah.

Hakikatnya nikmat yang paling besar, adalah Allah memberikan salam sejahtera kepada penghuni syurga. Sebabnya kita tidak pernah rasa dan nampak keadaan Allah walaupun kita tahu akan kewujudan Allah.

Maka pada hari akhirat nanti penghuni syurga diberi peluang untuk melihat Allah dan Allah menyampaikan sendiri salamnya. Bayangkanlah Allah yang Maha Perkasa dan Maha segala-galanya memberi salam kepada kita hamba-Nya yang kerdil ini, tentulah salam itu lebih berharga daripada nikmat lain yang ada di syurga.

Di dalam soal salam ini, memang ia adalah satu perkara yang istimewa kedudukannya hatta di dunia ini lagi. Orang yang memberi salam hukumnya sunat dan ia mendapat pahala sunat. Namun orang yang menerima salam hukumnya wajib menjawab dan dapat pahala wajib jika dijawab dengan sempurna.

Inilah satu perbuatan yang memberi dapat pahala sedikit tetapi yang menerima atau menjawab dapat banyak pahala. Ia amat berlainan dengan hal-hal lain termasuk sedekah iaitu yang memberi dapat pahala lebih berbanding yang menerima.

Itulah nikmat yang terbesar. Jadi tidak perlulah diulang baca berkali-kali apabila tiba pada ayat 58, “…Salam sejahtera…” kerana ucapan tersebut bukanlah untuk manusia di dunia melainkan di syurga.

Apatah lagi meletakkan kepercayaan bahawa dengan mengulanginya sebanyak 3 kali atau lebih maka Allah akan makbulkan doanya, sedangkan tiada dalil yang khusus menyuruh kepada perbuatan tersebut. Jika mahu doa atau permintaannya dimakbulkan Allah, tidak susah pun, bangunlah di sepertiga malam dan sujudlah kepada Tuhanmu. Insya Allah doanya pasti didengari Allah dan para malaikat pun mengaminkannya. Wallahu a’lam. Utv

Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup mengaku sepupu elak dicekup

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker