Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN

Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN

Selepas Veteran Umno mencadangkan agar Najib Razak diberi peranan dalam usaha berkaitan wabak Covid-19, Dr Mohamad Khir Toyo hari ini pula mencadangkan agar semua bekas perdana menteri dilantik ke dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Malah, bekas menteri besar Selangor itu turut memetik nama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim serta tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk disertakan dalam usaha kerajaan memulihkan negara akibat wabak tersebut.



“Saya cadangkan semua bekas perdana menteri dilantik dalam MPN, libatkan juga bekas timbalan perdana menteri.

“Pertamanya mereka telah terlibat dalam pembangunan negara secara langsung, pernah di dalam kerajaan dan juga di luar kerajaan. Mereka pasti dapat melihat sesuatu perkara itu dengan lebih objektif.

“Mereka juga tahu apa kelemahan dasar kerajaan kerana mereka adalah perancang utama, dan agar kerajaan tidak ulangi kesilapan yang sama,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Dia berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai saranan Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub agar Najib diberi peranan dalam kerajaan, seperti bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang dilantik menjadi pengerusi MPN.



Pada 4 September lalu, kerajaan mengumumkan pelantikan Muhyiddin selaku pengerusi MPN sebagai menghargai peranannya sebelum ini.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata ia dibuat atas dasar keyakinan terhadap kemampuan bekas perdana menteri itu untuk menerajui strategi pemulihan akibat kesan wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, Khir yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umn berkata, amat penting untuk negara mengembalikan semula keyakinan rakyat dengan mengawal ketidakstabilan politik sedia ada dan sekaligus dapat meningkatkan keyakinan pelabur.

“Suhu politik akan turun dan fokus akan dapat ditumpukan untuk keluarkan negara dari kemelut ekonomi yang semakin parah.



“Oleh kerana majlis ini (MPN) bersifat sementara, boleh juga dilantik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ku Li.

“Redakan suhu politik dan cipta suasana meyakinkan di mata rakyat dan seterusnya laksanakan dasar yang memberi kesan positif jangka pendek dan jangka panjang, yang akan membuat pelabur yakin kembali dengan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, sejumlah pihak mempersoalkan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN yang merupakan jawatan bertaraf menteri.

Ini kerana Muhyiddin digulingkan sebagai perdana menteri antara lain kerana didakwa gagal menangani pandemik Covid-19.



Pentadbiran Muhyiddin memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bertujuan membuka kembali sektor secara bertahap ketika keadaan pandemik semakin pulih berdasarkan tiga kriteria – jumlah kes harian, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi. Mk

Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker