Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit

Sebaran :

Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit selama dua tahun

SEORANG wanita yang kerani kepada sebuah syarikat pembinaan ditahan kerana melakukan pecah amanah dengan mencuri duit syarikat berjumlah RM4 juta.

Mangsa yang juga pengarah syarikat menyedari wang dalam syarikatnya berkurang di dalam akaun dan mengesyaki suspek yang juga keraninya melakukan perkara tersebut.

Malah, beberapa transaksi telah dilakukan oleh suspek ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat dengan anggaran kerugian RM4 juta.



Difahamkan, suspek mempunyai akses ke atas akaun bank syarikat kerana mangsa telah curi sakit sejak Januari 2018 hingga Jun tahun lalu.

Tiada individu lain yang boleh akses wang tersebut dan hanya suspek seorang sahaja yang mempunyai akses.

Hasil laporan polis yang dibuat mangsa, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek telah ditahan pada semalam.

“Siasatan mendapati terdapat dua akaun RHB milik suspek yang digunakan untuk tujuan pemindahan wang syarikat,” katanya.



Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan. SM

Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi


Sebaran :

Leave a Reply