Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan – Tok Mat

Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan, Utamakan Kebajikan Rakyat – Tok Mat

SEREMBAN, 6 Sept – Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) berpandangan sudah tiba masanya untuk Akta Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri berkenaan.

Jelas Mohamad tidak menjadi masalah untuk Negeri Sembilan menguatkuasakan undang-undang tersebut meskipun di peringkat Parlimen tidak dilaksanakan lagi.



“Saya bersetuju dengan Loke Siew Fook (PH-Chennah) kalau boleh kita buat resolusi dalam dewan yang mulia ini supaya enakmen lompat parti ini kita buat.

“Parti saya di peringkat negeri tidak ada masalah. Kalau boleh kita buat enakmen kita sendiri, kenapa tidak kerana kita negeri yang berdaulat.

“Kita bukan kata kita tidak mahu ‘act of Parliament’ tetapi ianya belum ada jadi kita buat supaya Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang ada,” katanya ketika sesi Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata enakmen tersebut adalah sebagai langkah jaminan bagi memastikan pentadbiran negeri dapat diuruskan dengan baik.



Katanya lagi, agenda mengutamakan rakyat adalah perkara terpenting malah wakil rakyat perlu mengamalkan konsep politik merentasi parti.

“Saya sudah dengar mula hura-hara ini sebenarnya apa hal. Kami tidak ada apa-apa, sepatutnya kami punya langkah buat hura-hara

“Ini sesama sendiri menggelegak tak tentu hal, keutamaannya adalah supaya negeri kita ini diurus dengan baik.

“Kalau hendak menghuru-harakan kerajaan negeri ini saya dan kawan-kawan boleh lakukannya tetapi kami tidak mahu sebab ini bukan cara kita berpolitik hari ini kerana politik rentas parti untuk keutamaan rakyat dan negara itu penting” jelas beliau. UMNO Online



Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker