Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat

Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat

Kemerosotan dalam sektor perkhidmatan awam bermula ketika Dr Mahathir Mohamad pertama kali bertugas sebagai perdana menteri dan sejak itu ia menjadi entiti yang “dipenuhi serta semakin banyak dengan rasuah”, kata seorang bekas diplomat.

Dalam buku terbaharunya, ‘Paradise Lost: Mahathir & The End of Hope’, Dennis Ignatius mendakwa bekas perdana menteri itu memperlekehkan idea pegawai yang menyediakan perkhidmatan tanpa berunsurkan politik.



Beliau mendakwa Mahathir menginginkan birokrasi yang lebih akur dan “sedia melakukan arahannya” sementara mereka yang menghalangnya akan ditukarkan.

Katanya, kesetiaan yang membuta tuli menjadi syarat terpenting dalam memajukan kerjaya.

Ignatius berkata, pengganti Mahathir kemudiannya meneruskan dasar seperti itu.

“Hasil keseluruhannya jelas dilihat – perkhidmatan awam yang penuh dan semakin ‘korup’ yang sudah hilang profesionalisme dan kecekapannya.



“Daripada berkhidmat untuk rakyat, kini rakyat pula yang terpaksa berkhidmat kepada penjawat awam,” tulis beliau.

Beliau selanjutnya menulis, ahli politik Pakatan Harapan (PH) mengetahui tentang kemerosotan dalam perkhidmatan awam dan mendesak pembaharuan dilakukan tetapi tidak mempunyai kemahuan atau kebijaksanaan untuk melakukan perubahan.

Ignatius berkata, reformasi birokrasi kini menjadi “usaha yang hampir mustahil”.

Beliau berkata, pertama adalah kerajaan kini menjadi majikan pilihan terakhir bagi mereka yang tidak dapat bersaing mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta.



“Tanpa perkhidmatan awam untuk menyerapnya, kerajaan akan berdepan tahap ketidakpuasan hati yang tinggi,” katanya.

Suka atau tidak, pengurangan birokrasi “bukan lagi pilihan”.

Kedua katanya, ahli politik ragu-ragu ketika berdepan birokrasi kerana ia mewakili suara yang penting.

“Menangani birokrasi tidak kira sejauh mana ia rosak dan tidak kompeten hanyalah satu kepentingan politik yang mudah.”



Buku tulisan Ignatius akan dilancarkan pada 9 September dan kini tersedia untuk prapesanan dengan harga pasaran RM60. FMT

Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker