Cadangan SPRM di bawah Parlimen satu pembaharuan institusi

Cadangan SPRM di bawah Parlimen satu pembaharuan institusi

Cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen satu langkah reformasi institusi yang akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya berkenaan.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-Malaysia), Dr Muhammad Mohan, berkata cadangan ini juga dapat menjadikan SPRM bebas dari pengaruh kuasa eksekutif.

“Perkembangan ini sangat dialu-alukan kerana ini sebahagian daripada reformasi institusi yang dicadangkan oleh TI-Malaysia sebelum ini.

“Pembaharuan ini juga bermakna pelantikan Ketua Pesuruhjaya menjadi sebagai hak prerogatif Parlimen, selepas mendapat cadangan dari Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai calon yang berkelayakan.

“Ini berbeza dengan Seksyen 5, Akta SPRM 2009 yang menyatakan Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Tan Sri Dr Rais Yatim dilaporkan berkata, cadangan supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen sedang diteliti.

Beliau berkata cadangan itu diberi pertimbangan khusus kerana dapat meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap SPRM.

Muhammad Mohan dalam struktur sekarang, kebebasan SPRM terjejas jika pemilihan calon untuk jawatan Ketua Pesuruhjaya berada di bawah kuasa Perdana Menteri.

Katanya, tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya seharusnya tetap dan beliau tidak boleh disingkirkan walaupun terdapat pertukaran kerajaan.

“Ini sama seperti seorang hakim. Pemecatan Ketua Pesuruhjaya hanya boleh dibuat berdasarkan alasan yang ditentukan dan dipengerusikan oleh tribunal khas.

“Pembaharuan institusi ini memerlukan pelbagai pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, perlu ada usaha mengangkat SPRM menjadi institusi yang terikat dengan Perlembagaan Persekutuan, dan bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukan tunduk kepada kuasa eksekutif.

“Pembaharuan ini memerlukan sokongan politik bi-partisan,” katanya. BH

Cadangan SPRM di bawah Parlimen satu pembaharuan institusi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker