Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]

Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]

Kota Kinabalu: Penumpang Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, semalam ditemukan lemas selepas pasukan penyelamat menemui kenderaan itu dalam sungai Kampung Dambai, Inanam, di sini, hari ini.

Kereta Perodua Myvi itu ditemui pada 7.20 pagi, namun kenderaan terbabit bersama mangsa hanya berjaya dibawa keluar sekitar 11.05 pagi menggunakan jengkaut.

Mangsa lelaki berusia 37 tahun itu berasal dari Kampung Kionsom Lama, manakala pemandu kenderaan terbabit berusia 68 tahun masih belum ditemui.



Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Kenneth Willfred berkata, kereta terbabit ditemui penduduk kampung yang turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam anggaran dua hingga tiga kilometer daripada lokasi kenderaan itu dilaporkan hanyut.

“Kita mengalami sedikit kesukaran ekoran kedudukan kereta yang berada di dasar sungai selain kenderaan dipercayai dipenuhi pasir.

“Bagaimanapun, kita mendapat bantuan dua jengkaut daripada tapak pembinaan berhampiran untuk menarik keluar Perodua Myvi berkenaan.

“Sejurus kereta berjaya dibawa naik, kita hanya menemui salah seorang mangsa dipercayai penumpang kenderaan berkenaan, manakala pemandunya masih hilang,” katanya ketika dihubungi, di sini.



Kenneth berkata, pihaknya mengarahkan tiga kumpulan melaksanakan SAR untuk mencari mangsa yang masih hilang.

Menurutnya, lokasi pencarian bertumpu sekitar kawasan Kampung Dambai sehingga lokasi kejadian, di dasar sungai kawasan Inanam Laut sehingga ke Kampung Dambai selain kawasan sekitar Yayasan Sabah sehingga Sungai Inanam Laut dengan menggunakan bot.

Terdahulu, kereta Perodua Myvi terbabit dihanyutkan arus deras ketika melalui jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama, Inanam petang semalam.



Dalam kejadian 6 petang, difahamkan terdapat dua mangsa berada dalam kenderaan yang dikatakan cuba melepasi jambatan itu, namun gagal selepas dihanyutkan arus deras.

VIDEO DIBAWAH:-

Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum ditularkan di media sosial.-HM

Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perodua Myvi Dihanyut Arus Deras Ditemukan Pagi Ini [VIDEO]



Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker