Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik

Sebaran :

Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik

Sejak mula ditayangkan bermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah yang dipertontonkan kepada umum menerusi platform penstrim video, Nurflix mendapat sambutan yang sangat positif daripada penonton.

Rata-rata penonton merasakan kandungan siri yang mengisahkan kehidupan nabi sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga.

Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak tetapi orang dewasa juga.



Menurut Diana, selain dapat mengikuti kisah-kisah nabi, terdapat banyak sebab kenapa penonton wajib menonton siri-siri seperti ini.

“Dengan adanya sarikata Bahasa Melayu dalam siri ini, penonton secara tidak langsung dapat membelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

“Visual yang menarik dan menghiburkan pada animasi ini juga mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita selain usaha pembacaan sendiri serta terdapat banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengahkan.

“Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahuai perjalanan sirah Nabi ini, secara tidak langsung kecintaan kepada Nabi dapat dipupuk dari peringkat kanak-kanak lagi,” kata Diana.




Diana Amir

Tambah Diana, Siri animasi Habibullah mengupas kisah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad SAW dari saat kelahiran sehinggalah pertempuran Badar terakhir.

“Siri ini mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaimana ayat 21 Surah Al-Ahzab – “Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik”

“Sementara siri animasi Kalimullah pula menceritakan kisah hidup Nabi Musa A.S bermula saat kelahiran sehingga peristiwa berdepan Firaun.



“Akan datang pula, bakal dipertontonkan di Nurflix ialah siri tentang Nabi Adam AS (hujung Ogos), Nabi Nuh AS (hujung Ogos), Khalilullah: Nabi Ibrahim AS (pertengahan September), Nabi Yusuf AS (pertengahan September) dan Nabi Sulaiman AS (Oktober),” cerita Diana.

Dua siri animasi ini boleh ditonton menerusi aplikasi Nurflix di Apple Appstore (ios) dan Google Playstore (Android) atau di https://nurflix.tv/

Habibullah

Siri animasi Habibullah ini merupakan kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang akan membawa kita menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburkan.

Bahagian pertama kisah ini bermula dari period sebelum kelahirannya Nabi Muhammad saw, kemudian kelahiran dan asuhannya, kemudian ramalannya dan isyarat Mekah, kemudian hijrah ke Madinah , dan kemudian peristiwa hingga pertempuran Badar terakhir.

Siri ini memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah saw di mana naskhah ini bertujuan untuk menyampaikan risalah sebenar tentang mengapa Baginda diangkat sebagai Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala Nabi.

Kalimullah

Peristiwa bahagian pertama dari siri ini berkisar pada kisah hidup Nabi Musa AS, yang disebut ‘Speech of God’.

Rentetan siri ini dimulai sebelum kelahiran Musa AS, mengetahui bagaimana Bani Israel sampai di tanah Mesir, kemudian peringkat setelah kelahiran dan kemudian asuhannya sehinggalah kepada peristiwa yang terjadi tempat antara Nabi Musa AS dan Firaun. Utv

Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat


Sebaran :

Leave a Reply