Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis

Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis

Lebih setahun dunia dilanda pandemik menggerunkan, namun masih ada yang menolak untuk mengambil vaksin bagi mengekangnya sekaligus membantu melindungi orang di sekeliling mereka.

Berikutan pemberian vaksin bagi pelajar sekolah lingkungan 12 hingga 17 tahun yang bakal dilaksanakan nanti, dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka menolak pelaksanaan tersebut baru-baru ini.

Memberikan alasan risau dengan dirinya dek imunisasi yang tiada jaminan kerajaan, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, nekad membuat laporan tersebut.

Katanya, dia mempunyai hak untuk menolak dijadikan bahan ujian selain menyatakan jikalau ada perkara negatif yang berlaku, dia dan keluarga yang terpaksa menanggungnya.

Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin yang masih lagi pada tahap ujian klinikal.

Tambah remaja itu lagi, terdapat pelbagai kaedah rawatan lain yang boleh dijadikan alternatif seperti pendekatan tradisional secara holistik iaitu rawatan homeopathi serta makanan sunnah yang sudah menjadi amalan keluarganya.

Bukan sahaja Azrell, laporan itu turut dibuat oleh adiknya Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17. Mereka ditemani oleh ibunya, Ellie Suriaty Omar.

Selain itu, Azrell masih terdapat pelbagai kemusykilan mengenai vaksin yang belum terjawab selain kandungannya yang patut dipersoalkan dan perlu dijalankan kajian yang lebih mendalam.

Menurut remaja itu, keluarganya juga masih belum mendapatkan vaksin sehingga kini kerana mereka mempunyai hak untuk menentukan sama ada mahu ataupun enggan mengambilnya.

Dalam pada itu, Azrel menegaskan laporan itu dibuat mengikut kewarasan akalnya sendiri dan tanpa paksaan sesiapa pun.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bahkan dia sudah mendapatkan pelbagai informasi berkaitan vaksin dan COVID-19 menerusi carian internet, daripada luar negara serta maklumat daripada ibu dan juga kenalannya.

Dari situ saya dapat menilai sendiri segala maklumat berkaitan pemberian vaksin yang diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin.

Aktres Ellie Suriaty memaklumkan bahawa dia menghormati apa jua keputusan kedua anaknya yang baru-baru ini menolak untuk menerima suntiakn vaksin COVID-19.

Dia yang juga isteri kepada pelakon Azri Iskandar berpendapat bahawa tempoh masa untuk menghasilkan vaksin adalah terlalu cepat dan kini memilih untuk mengamalkan makanan sunnah dalam mencegah COVID-19.

Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis

‘Tentera Bawang Negara’ telah bertindak selepas Emas Ziyad dibatalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker