Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni

Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni

Rakyat Malaysia tahu, atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli ialah juara sebenar dalam acara lontar peluru, dan pingat emasnya telah dirampas terang-terangan.

Demikian ulas jaguh berbasikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang, yang menasihati Muhammad Ziyad, walaupun ia pahit untuk ditelan, ketentuan Qada dan Qadar Allah perlu diterima.

Katanya, Muhammad Ziyad tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus bergerak ke hadapan.

“Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.

“Sememangnya sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara, malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.

“Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa dihadapi sekarang ini.

“Sudah tentu ia bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima. Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah ditarik kemenangan pingat emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi media sosial hari ini.

Azizulhasni mengingatkan, apa yang terjadi merupakan realiti dalam dunia sukan di mana pelbagai perkara di luar jangkaan boleh berlaku.

“Kadangkala ia adalah kerana kesilapan kita, namun kadangkala pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.

“Jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ia memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini.

“Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” tambahnya.

Sumber Facebook azizulawangofficial

Awal pagi ini, rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik Muhammad Ziyad telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM).

Kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Muhammad Ziyad.-Awani

Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Keputusan Batal Pingat Emas Ziyad Kekal, Saya Mintak Maaf Pada Rakyat Malaysia- Ziyad

Ziyad, anda juara di hati kami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker