Ziyad, anda juara di hati kami

Sebaran :

Ziyad, anda juara di hati kami

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui seluruh negara berbangga dengan pencapaian jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekalipun pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 petang tadi masih belum ‘dipulangkan.’

Ismail Sabri menerusi akaun Twitternya menyifatkan betapa Ziyad tetap juara di hati seluruh rakyat Malaysia khususnya menerusi kejayaan memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter (m).

“Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda!



“Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal di tangan Malaysia #malaysiaboleh #letlogicprevail ,” kata Ismail Sabri.

Terdahulu, kejayaan Ziyad meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 ‘dirompak’ oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo.

Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Protes itu membolehkan Ukraine merangkul pingat emas dan perak masing masing menerusi Maksym Koval dengan catatan 17.34 m dan Oleksandr Yarovyi (17.30m). BH



Ziyad, anda juara di hati kami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun


Sebaran :

One thought on “Ziyad, anda juara di hati kami

  • Ziyad, kami bangga dengan amda….anda juara dunia dihati kami

    Reply

Leave a Reply