Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah

Oleh Nurul Aisyah

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menetapkan setiap kementerian perlu buktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama. Sebagaimana yang rakyat Malaysia tahu, kabinet beliau merupakan “kitar semula” ahli kabinet kerajaan Muhyiddin.

Rakyat sudah dapat menjangkakan prestasi setiap Menteri kanan kabinet ini. Oleh itu, mereka membuat ramalan siapa antara menteri kanan kabinet yang akan dipecat pada 8 Dec 2021. Tarikh ini merupakan hari ke 100 mereka menjalankan tugas-tugas di kementerian masing-masing.



Antara menteri kanan yang diramal akan dipecat adalah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Pertahanan. Beliau pernah terpalit dengan isu helikopter tentera. Memetik artikel FMT bertajuk ATM tidak terima helikopter AS bernilai RM300 juta dibeli pada 2015, Helikopter tentera bernilai lebih RM300 juta yang dibeli pada masa pentadbiran lepas sehingga kini belum dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Difahamkan 6 buah helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan oleh MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas dipesan oleh Kementerian Pertahanan (Kementah) yang dipimpin oleh Hishammuddin Hussein ketika itu.

Malah, menurut sumber, Hishamudin dikatakan turut terpalit dengan isu tanah. Hasil siasatan JKSTUPKK mendapati berlaku banyak ketirisan, termasuk penjualan tanah pada harga rendah dan projek pertukaran tanah diberikan kepada pemaju tidak berkelayakan. Semua 16 projek pertukaran tanah itu membabitkan 2,923 ekar tanah milik kerajaan bernilai RM4.7 bilion dengan nilai projek yang sepatutnya dibangunkan ialah RM4.8 bilion.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa gagal sebagai menteri walaupun sudah berkhidmat dalam dua kerajaan berbeza. Beliau dilihat sebagai sebagai seorang yang lebih mementingkan agenda peribadi berbanding ekonomi negara. Banyak negara di dunia yang menghadapi krisis Covid-19 jauh lebih teruk dari Malaysia namun berjaya menghadapi krisis ekonomi dengan baik malah tidak menghilangkan keyakinan para pelabur.

Berbeza dengan Malaysia, pelabur telah hilang keyakinan sejak kerajaan Muhyiddin berkuasa dan kegagalan demi kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan pelabur menarik ‘hand brake’ untuk melabur di negara ini.



Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dilihat tidak mampu membawa pelaburan apatah lagi mencari inisiatif bagi membangunkan ekonomi negara.

Seorang lagi Menteri Kanan yang dalam pemerhatian adalah Datuk Seri Fadillah Yusof yang memegang portfolio Menteri Kerja Raya. Mampukah beliau melaksanakan projek mengikut jadual sedangkan kerajaan tidak mempunyai wang?

Menteri Kanan Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin yang memegang portfolio Menteri Pendidikan dikatakan juga antara individu yang dijangka akan dipecat. Prestasi beliau sebelum ini sangat buruk. Tarikh 3 Oktober sekolah akan dibuka semula bagi negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam keadaan kes Covid 19 masih lagi sangat tinggi. Ibubapa resah tentang keselamatan anak-anak. Malah, keselamatan guru dan masyarakat setempat juga menjadi taruhan.

Rasional disebalik pemecatan ini adalah negara berada dalam keadaan yang sangat kritikal.



Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo pun memecat Menteri Kesihatan beliau Terawan Agus Putranto apabila menteri itu didakwa tidak cekap dalam mengendalikan wabak COVID-19 yang semakin buruk.

Dalam perkara in, Ismail Sabri perlu tegas. Jangan ada perasaan belas kasihan pada menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Beliau juga tidak boleh kekalkan orang parti yang tidak mencapai KPI atau merit.

Saiz kabinet Ismail Sabri besar, kalau menteri kabinet tidak “perform” kenapa mereka perlu dikekalkan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker