Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan



Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan

Kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) untuk dibangunkan, kata Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.

“Keputusan itu kemudian disahkan dalam mesyuarat lain pada 19 Mei,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata, jumlah keluasan yang dipersetujui adalah 54% daripada 931.16ha yang dicadangkan lebih awal, selepas mengambil kira beberapa bantahan berbangkit.




Katanya, 42.1ha daripada tanah yang diluluskan itu akan diberikan kepada syarikat swasta, Gabungan Indah Sdn Bhd untuk pembangunan bercampur.

Pengumuman kerajaan negeri itu turut mengejutkan ADUN yang mendesak penjelasan lanjut diberikan.

Elizabeth Wong (PH-Bukit Lanjan) mempersoalkan kewajaran menyahwartakan tanah hutan simpan itu kerana projek pembangunan di KLNFR akan menjejaskan biodiversiti hutan berkenaan.

“Malah, hutan Kuala Langat Utara juga ada flora dan fauna yang endemik, iaitu hanya didapati di kawasan tersebut, contohnya ‘Selangor Pigmy Flying Squarel dan Langat Red Fighting Fish yang secara terang-terangan menggunakan nama Selangor dan Langat.”


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU


Rajiv Rishyakaran (PH-Bukit Gasing) pula mempersoalkan rasional dan manfaat penyahwartaan tanah itu kepada rakyat negeri.

“Saya nak tanya, kenapa kerajaan negeri begitu menekan dan tergesa-gesa menyahwartakan status hutan simpan ini? Apakah rasional dan manfaat strategik kepada keseluruhan enam juta rakyat apabila kita menyahwartakan hutan ini?” soalnya.

Hee kemudian menyifatkan bantahan itu sebagai beremosi dan berkata kerajaan negeri tidak melayan bantahan mana-mana pihak. FMT

Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan




Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Leave a Reply

Your email address will not be published.